Panasnya Hari Ini

RM25 juta untuk Parlimen Sungai Petani, 3 DUN – TPM

SUNGAI PETANI: Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM25 juta bagi meningkatkan kemudahan jika Parlimen Sungai Petani dan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Merdeka, Bakar Arang dan Sidam dimenangi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Timbalan Perdana Menteri berkata, peruntukan itu adalah bagi memastikan penduduk Sungai Petani tidak ketinggalan dari aspek kemudahan awam.

“Saya kasihan dengan penduduk Sungai Petani. Jika ada dewan besar yang turut dilengkapi penghawa dingin, sudah pasti ia sesuatu yang bagus. Saya tengok di Parlimen Sik, siap ada dewan yang mampu memuatkan 2,500 orang dan di sebelahnya pula ada kompleks sukan.

“Sekiranya calon BN bagi Parlimen Sungai Petani, Datuk Shahanim Mohamad Yusoff menang. Saya akan bangunkan sebuah dewan dan kompleks sukan membabitkan jumlah peruntukkan RM10 juta manakala tiga DUN lagi, masing-masing RM5 juta.

“Semua ini mempunyai syarat iaitu BN mesti menang. Selain itu, lapan manifesto yang diketengahkan Shahanim untuk penduduk Sungai Petani juga akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun,” katanya pada Majlis Ramah Mesra bersama penduduk di Taman Ria Jaya, di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Shahanim.

Mengulas mengenai manifesto terbabit, Ahmad Zahid berkata, syarat kemenangan Parlimen dan tiga DUN akan memberi sumbangan kekuatan bukan sahaja kepada Kerajaan Persekutuan di Putrajaya tetapi Kerajaan Negeri BN di Kedah termasuk Sungai Petani.

“Kita mahu semua calon BN menang dengan mempertahankan lebih banyak kerusi dan merampas semula kerusi yang kalah demi kepentingan rakyat negeri ini.

“Rakyat perlu yakin bahawa kerajaan tidak bankrap, kita ada wang yang tersusun dengan baik dan sebab itu, kita sanggup beri kemudahan kepada rakyat di bandar dan luar bandar,” katanya.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");