Perak Hari Ini

“Sahom Seperti Keluarga Besar Saya”

KAMPAR:Kampung Sahom menjadi lokasi kedua siri jelajah Sayang Malaysia#hebatkanTualangSekah terus mendekati dan menyantuni penduduk setempat dalam Parlimen ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi merangkap penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Tualang Sekah turut hadir merasmikan majlis tersebut hari ini.

Beliau ketika menyampaikan ucapan berkata kampung Sahom diibaratkan sebagai satu keluarga besarnya juga merupakan ahli keluarga baru.

“Saya sangat seronok sekali lagi dapat berjumpa keluarga besar saya ahli keluarga terbaru kami ini namun setiap kali rombongan kami datang semua menyambut dengan baik.

“Bukan setakat mahu bersama kita tetapi diharapkan sokongan pemuda dan pemudi Kampung Sahom tetap pada kita,” katanya.

Terdahulu penduduk kampung dihiburkan dengan pelbagai persembahan daripada artis tempatan.

Jelas Nolee lagi, sokongan padu daripada keluarga besarnya itu diperlukan bagi memastikan kemenangan bagi Parlimen Kampar.

Siri jelajah Sayang Malaysia#hebatkanTualangSekah akan diadakan di dua lagi lokasi iaitu di perkarangan Kapal Korek Tanjung Tualang NO.5 (TT5) dan arena rakyat Tualang Sekah pada 6 dan 7 Mei ini.

Terdahulu tiga pusat daerah mengundi (PDM) baharu iaitu Sahom, Kuala Dipang dan Sungai Siput Selatan telah menyertai kerusi Parlimen Kampar pada PRU kali ini.

Manakala bagi kerusi Dun pula satu PDM dari Malim Nawar dengan jumlah pengundi sebanyak 200 orang telah beralih ke Dun Tualang Sekah namun Dun lain tiada perubahan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");