Berita Hari Ini

Sarawak Report Diarah Bayar RM155,000 Pada Hadi

KUALA LUMPUR: Peguam mewakili PAS, Wan Rohimi Wan Daud berkata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, memenangi semua permohonan interlokutori dalam kes saman fitnahnya terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

Wan Rohimi kini dipercayai berada di United Kingdom bagi mengikuti kes berkenaan yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi London, hari ini.

“TGHH (Tok Guru Haji Hadi) menang semua lima permohonan interlokutori! Sarawak Report diperintah membayar keseluruhan kos 28,900 pound (RM155,791),” katanya menerusi Facebook, lewat malam tadi.

Sementara itu, Setiausaha Politik Abdul Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang dihubungi bagi mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya menerima khabar positif dari London.

“Kita menerima khabar positif. Maklumat lanjut akan diberikan menerusi kenyataan media esok (hari ini),” katanya.

Abdul Hadi memfailkan saman fitnah terhadap Brown di Mahkamah Tinggi London pada 21 April tahun lalu.

Ia berkaitan laporan Sarawak Report pada 6 Ogos 2016 yang mendakwa Presiden PAS itu menerima dana RM90 juta sebagai usaha menarik sokongan parti itu menyokong Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Saman terbabit difailkan peguam Abdul Hadi, Carter-Ruck, bagi mendapatkan perintah injuksi dan ganti rugi berhubung artikel di laman web terbabit bertajuk ‘As Najib Denies All Over 1MDB, Let’s Not Forget His Many Other Criminal Connections’.

– BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");