Perak Hari Ini

Saya Bergerak Dengan Senyuman: Zambry

LUMUT: Sebagai calon dalam Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14), Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir tidak menolak bahawa faktor penjagaan stamina dan kesihatan adalah antara pekara yang harus diberi perhatian.

Beliau yang mewakili Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Lumut dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkor berkata walaupun harus menempuhi jadual yang padat khususnya dalam tempoh berkempen namun, jika terdapat sedikit masa yang terluang, ianya akan diisi dengan aktiviti senaman.

Ketika ditanya tentang penjagaan makanan, jelas Zambry beliau tidak mempunyai kawalan rutin pemakanan yang terlalu ketat.

Walau bagaimanapun, beberapa makanan tambahan yang berunsurkan vitamin tidak ditinggalkannya.

“Saya bergerak dengan senyuman. Yang paling penting kita jangan terlalu tertekan. Berikan senyuman kepada rakyat.

“Jangan terlalu membawa hati yang kotor. Banyakkan berzikir dan mengingati Allah. Kerana itu yang akan membantu kita mengubati perasaan,” katanya.

Mengulas tentang perjalanan kempennya beliau berkata ianya berjalan dengan baik walaupun kadang kala waktu program-program kempennya itu bermula seawal jam 4.00 pagi dan berkhir lewat pagi pada keesokkan harinya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui dalam satu sesi hari berkempenya di Kampung Batu 4, dekat sini, pada Rabu.

Jelas Zambry, lawatannya ke kawasan tersebut bukanlah kali pertama sebaliknya, disebabkan kekerapan beliau ke situ, masyarakat setempat sangat selesa dan ramah dalam menyambut kehadirannya.

Terdahulu Menteri Besar berkesempatan hadir dan beramah-masra dengan penduduk di sekitar daerah ini.

Antara kawasan yang dilawatinya ialah Segari, Kampung Damar Laut, serta Kampung Tanjung Batu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");