Panasnya Hari Ini

‘Saya Dah Lama Keluar Umno’

HULU KELANG – “Yang saya gembiranya, saya ni bukan dipecat, sebenarnya saya dah lama keluar Umno cuma tak hebah je,” kata bekas pimpinan tertinggi Umno, Tan Sri Rafidah Aziz.

Beliau berkata demikian ketika ketika berucap di program Malam Semarak Tsunami Rakyat, malam tadi.

Terdahulu, beliau seorang lagi tokoh Umno, Tun Daim Zainuddin dipecat dari Umno kerana dilihat memberi sokongan kepada pembangkang selain mengeluarkan kenyataan menghentam parti.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu, kedua-dua tokoh berkenaan digugurkan keahlian Umno sejak Jumaat lalu.

Sementara itu, seorang lagi tokoh Umno, Tan Sri Dr Rais Yatim pula disiasat.

“Kalau baca di Facebook saya, takkan tak nampak tu, takkan nak pergi umum (saya) dah keluar Umno.

“Tapi mereka tak check (periksa) ni, aku (Tengku Adnan) nak tendang kau keluar (Umno), konon dapat point (bersebab) la sikit. Teruk (Tengku Adnan) kena marah kan? Lantak dia lah,” katanya, memetik laporan Sinar Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");