Perak Hari Ini

“Saya Mahu Terus Kerja, Bangunkan Tambun”

IPOH:Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Tambun Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berhasrat untuk meneruskan pembangunan yang lebih baik seiring dengan kemodenan Bandaraya Ipoh kini.

Beliau yang juga penyandang kerusi Parlimen itu berkata respon diterimanya daripada penduduk setempat serta pengundi adalah sangat baik dan menyenangkan.

“Saya patut teruskan kerja saya kerana saya membawa suara rakyat kepada kerajaan dan terus fokus kepada pembangunan fizikal dan sumber manusia.

“Malah sebagai calon apa yang saya mahu lihat adalah untuk membangunkan Tambun terus kerana pembangunan tidak berhenti dan perkembangan dunia terlalu cepat kini jadi saya mahukan Tambun membangun pesat dan moden seperti Ipoh,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Katanya BN Tambun tidak menggunakan mengutuk mana-mana pihak dan hanya terus mengetengahkan ‘My Beautiful Tambun’ supaya pembangunan terus meningkat lebih tinggi dan tidak berhenti.

“Kita tidak bercerita dan mengutuk orang lain, kita ambil peduli mengenai semua orang dan saling membantu serta melayan mereka seperti satu keluarga,” katanya lagi.

Mengulas mengenai gerak kerja di Tambun kata Husni ketiga-tiga calon mempunyai kekuatan sendiri dan bergerak mengikut keperluan.

“Ada masa saya berada di lokasi yang sama dan ada masa hanya bersendirian kerana jika kita bergerak bersama-sama kurang impaknya jika berpecah akan memberi impak lebih besar bagaimanapun kita bergerak secara berpasukan saling mempromosikan diri masing-masing dan mewakili sesama calon,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");