Perak Hari Ini

Sekarang Tempoh Bertenang, Jangan Putus Asa!

IPOH:”Jangan putus asa serta tetap yakin terhadap perjuangan, jelas Ahli Parlimen Bagan Serai daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berhubung senario parti kini.

Katanya,setakat ini adalah tempoh untuk semua pihak bertenang, muhasabah perjuangan serta akur dengan segala keputusan pucuk pimpinan kelak.

“Pemangku Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kini sedang berusaha memacu UMNO dan berusaha pelbagai cara bagi melakukan perubahan terhadap parti dan turut dibantu pemimpin tertinggi pucuk pimpinan UMNO yang lain.

“Kaedah dan apa yg bakal di buat akan di putuskan tak lama lagi, kerana setakat ini UMNO sudah mula menganjurkan mesyuarat cawangan mulai 19 Mei hingga 10 Jun ini manakala mesyuarat UMNO Bahagian berlangsung pada 30 Jun ini,” katanya kepada Peraktoday hari ini.

Mengulas mengenai kekalahan dihadapi parti itu, jelas Azmi sudah menjadi adat dalam pertandingan pastinya ada pihak yang kalah dan pihak yang menang.

“Kalau sudah kalah mestilah bermuhasabah dan melakukan ‘post mortem’ mengapa kalah malah perlu ada usaha yang cepat untuk keluar dari kesedihan terhadap kekalahan itu kepada usaha membina kekuatan untuk masa hadapan,” katanya.

Katanya lagi, pastinya ada penyebab dan punca kepada kekalahan itu dan jalan penyelesaian terbaik sekiranya semua pihak berusaha dan komited mencari pendekatan terbaik kepadanya.

“Kita mesti yakin terhadap perjuangan, mesti bersatu hati, dan pentingkan perjuangan parti jangan pernah putus asa,” katanya.

Katanya biarpun berada di pihak pembangkang, peranan serta tugas besar iaitu membawa suara rakyat di parlimen perlu diteruskan selain memainkan peranan penting dalam dewan untuk semak dan imbang segala polisi dan pentadbiran kerajaan sekarang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");