Isu Panas

Shahrizat Tolak Tanding Bahagian, Cawangan

SHAH ALAM: Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil tidak akan menawarkan diri untuk pemilihan jawatan di peringkat cawangan dan bahagian.

Beliau berkata demikian menerusi laman Facebooknya sempena berlangsungnya Persidangan Tahunan Pergerakan Wanita Umno untuk beberapa cawangan di Bahagian Kepong dan Cawangan Sri Helang.

“Saya menggesa semua jawatan dalam Umno dipertandingkan, saya tidak menawarkan diri sebagai Ketua Wanita Umno Cawangan Sri Helang dalam pemilihan hari ini termasuk tidak akan menawarkan diri sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Kepong dalam pemilihan Wanita UMNO Bahagian pada kali ini,” katanya lapor Sinar Harian.

Shahrizat berkata, langkah di peringkat cawangan berkenaan diharap menjadi titik perubahan dalam UMNO dengan lantikan pemimpin baharu yang hadir membawa idea lebih segar.

Namun, beliau akan terus bersama membantu pergerakan sayap parti itu demi kepentingan UMNO dan mengembalikan sokongan peringkat akar umbi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");