Berita Hari Ini

Siasatan pendakwa Switzerland tiada kaitan 1MDB

KUALA LUMPUR – 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berkata adalah tidak bertanggungjawab dan merupakan perbuatan keji bagi mana-mana pihak untuk menganggap bahawa dakwaan siasatan yang dijalankan oleh pendakwa Switzerland, diputar-belit dan dikatakan sebagai siasatan ke atas 1MDB dan pemegang sahamnya.

1MDB mengambil maklum mengenai laporan berita mengenai pelancaran penyiasatan oleh pendakwa Switzerland berkaitan syarikat minyak Arab Saudi dan laporan berkaitan warga Swiss dan sistem perbankan negara itu.

”Tidak ada cadangan salah laku oleh 1MDB atau mana-mana pegawainya. Oleh itu, adalah tidak bertanggungjawab dan merupakan perbuatan keji bagi mana-mana pihak untuk menganggap bahawa dakwaan siasatan yang dijalankan oleh pendakwa Switzerland itu diputar-belit dan dikatakan sebagai siasatan ke atas 1MDB dan pemegang sahamnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

1MDB menegaskan bahawa dana itu tidak tertakluk kepada sebarang penyiasatan jenayah sama ada di Malaysia atau di peringkat antarabangsa.

“Kami telah dan bersedia untuk membantu penyiasatan mana-mana pihak berkuasa yang sah, sejajar dengan protokol antarabangsa. Sehingga hari ini, 1MDB belum menerima sebarang permintaan sedemikian.

“1MDB meminta semua pihak supaya tidak mempolitikkan sebarang dakwaan mengenai siasatan yang disyaki oleh pihak berkuasa Switzerland ke atas rakyat bukan warganegara Malaysia itu, dan, semasa tempoh pilihan raya umum yang sensitif ini, tidak mengaitkan 1MDB untuk keuntungan politik.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");