Perak Hari Ini

Sudah Sedia Anjur SUKMA 2018-MB Perak

IPOH:Kerajaan Negeri Perak yang kini diterajui oleh Pakatan Harapan akan memastikan penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 Perak 2018 berjalan lancar seperti yang dijadualkan.

Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata, kerajaan negeri telah bersedia dan Pengerusi Jawatankuasa Belia,Sukan dan Pembangunan Modal Insan Howard Lee Chuan How akan diberi tanggungjawab memantau perkara tersebut.

“Pada hari pertama saya telah diberi taklimat berkaitan SUKMA dan exco belia dan sukan akan meneliti beberapa perkara,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco pertama di Bangunan Darul Ridzuan hari ini.

Malah katanya, kerajaan Persekutuan menerusi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah meluluskan peruntukan tambahan bagi memastikan kelancaran penganjuran SUKMA.

Bagaimanapun katanya, jumlah peruntukan masih terlalu awal untuk diumumkan namun ia satu jumlah yang berpatutan untuk penganjuran SUKMA kelak.

“Jika Setiausaha Kerajaan baru tiba-tiba ingin menganjurkan Sukma akan dilihat berlebihan jadi kita teruskan dengan pasukan sedia ada dahulu sehingga bulan Oktober buat pengumuman bagi jawatan setiausaha kerajaan negeri,” katanya.

Terdahulu,penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 Perak 2018 akan melibatkan seramai 11,000 atlet dan pegawai daripada 14 kontinjen seluruh negara akan menyertai SUKMA Perak 2018 yang dijangka berlangsung pada 12 hingga 22 September depan.

SUKMA edisi ke-19 kali ini membabitkan 26 sukan dengan 369 acara dipertandingkan yang akan membabitkan semua 12 daerah yang ada di negeri Perak sebagai lokasi acara dan dijangkakan seramai 11,000 atlet dan pegawai daripada 14 kontinjen dari seluruh negara akan menyertai temasya sukan berkenaan.

Katanya semua barisan Exco dibawah Pakatan Harapan akan melaksanakan tugas secara berpasukan dan memberi fokus kepada janji-janji kepada rakyat perlu dipenuhi dalam jangka masa lima tahun ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");