Perak Hari Ini

Syukur Terima Masjid Baharu

SELAMA:Penduduk di sekitar Pekan Kampung Masjid Ijok, di sini melahirkan rasa syukur apabila peruntukan RM2 juta untuk pembinaan masjid baharu Toh Paduka di kampung tersebut oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Zahid Hamidi sebelum ini telah diluluskan.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Masjid Ijok, Idris Sudin, berkata, masjid sebelum ini telah berusia 48 tahun semakin uzur dengan struktur binaan lama.

Katanya, selain daripada peruntukan RM 2 juta pihak masjid Toh Paduka mendapat wakaf masyarakat sebanyak RM 100,000 disamping peruntukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebanyak RM100,000, jumlah keseluruhan pembinaan yang dianggarkan sebanyak RM 2.2juta.

“Alhamdulilah, usaha pemimpin setempat pembinaan surau ini secara tidak langsung dapat menampung bilangan jemaah yang makin bertambah dan pada masa sama membolehkan pihak masjid mengadakan pelbagai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan serta beribadat dengan lebih selesa.

“Saya berasa terharu dengan keprihatinan kepimpinan kerajaan sebelum ini yang memahami kehendak dan keperluan rakyat terutama umat Islam di kawasan ini melalui kelulusan yang diberikan,” katanya.

Idris Sudin berkata, penduduk merakamkan penghargaan yang tidak terhingga atas usaha yang dilakukan oleh semua pihak dalam menjayakan pembinaan masjid yang dijangka siap sepenuhnya apa April tahun hadapan.

“Siapnya masjid ini kelak diharap akan membolehkan masyarakat setempat memperbanyakkan majlis ilmu yang dapat membentuk keperibadian murni setiap umat Islam serta mengeratkan lagi perhubungan silaturrahim sesama penduduk,” katanya.

Sementara itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kubu Gajah, Ahmad Hasbullah Elias, berharap penduduk kampung dapat mengimarahkan lagi masjid dengan pelbagai program dan aktiviti ilmu.

“Saya melahirkan syukur kepada semua pihak, khususnya kerajaan terdahulu usaha bagi membina masjid itu bagi menggantikan masjid lama yang sudah usang,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");