Jika dilihat sejak dari awal kemunculannya di dalam industri hiburan, penampilan pelakon Nabila Huda tetap sama. Nabila Huda juga antara salah seorang selebriti yang berbangga dengan kulit gelap yang miliki olehnya.

Tidak mudah terpengaruh dengan iklan pemutih dan pil kuruskan badan, Nabila Huda memberitahu dia tidak terdesak untuk mengubah ciptaan Tuhan dan dia percaya setiap manusia dilahirkan dengan keistimewaan tersendiri.

“Semua manusia cantik, cuma perlu yakin kepada diri dan jangan pernah mencuba menjadi orang lain. Saya tak pernah panjangkan dagu menerusi suntikan atau pembedahan. Saya tidak kisah jika mempunyai dagu berlapis.

“Saya juga tidak kisah jika gempal, malah kadang-kadang perut saya buncit seperti sedang mengandung. Saya tidak peduli mempunyai kantung mata dan kedutan mula kelihatan. Jadi, semua wanita di luar sana, jangan takut dengan diri. Jadilah diri sendiri,” katanya menerusi Instagram.

Katanya lagi, dia tidak percaya dengan pil pemutih yang mampu mencerahkan kulit dalam masa singkat dan tidak pernah mengambil makanan tambahan untuk cantikkan diri.

“Saya tak makan pil putihkan kulit dalam masa 3 hari, saya tak buat cucuk vitamin abcdefuckoff, saya tak minum air, saya benci air kosong! Saya tidak melakukan rawatan pemutihan gigi, malah tidak menggunakan produk khusus untuk perawatan kulit atau mengambil makanan tambahan.

Nabila juga turut menyeru wanita di luar sana untuk tidak lagi menyeksa diri hanya kerana untuk memuaskan hati orang lain.