Perak Hari Ini

Tenang Hadapi Cacian Pembangkang, Tapi Fitnah Mesti Jawab – Zambry

IPOH: Walaupun Barisan Nasional (BN) Perak lebih selesa mengambil pendekatan tenang dalam menghadapi cacian dan makian daripada pembangkang namun, fitnah yang dilemparkan, khususnya pada musim-musim Pilihanraya Umum Ke-14 ini harus dijawab.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, dakwaan yang mengatakan kerjaan BN tidak mengotakan janji-janjinya adalah tidak benar sama sekali.

Jelasnya ada beberapa perkara yang boleh diselesaikan denga tempoh yang singkat dan ada juga perkara yang terpaksa memakan sedikit masa.

Memetik contoh pembinaan Hospital Parit Buntar, jelasnya ia harus mengambil masa atas sebab beberapa faktor.

“Tanyakan kepada pakar dan pegawai-pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR). Saya sendiri juga ada bertanyakan kepada mereka hal ini.

“Kita harus faham, tapak tanah yang itu merupakan tanah sawah. Jadi ia memerlukan sedikit masa bagi memastikannya mampat dan sesuai untuk pembangunan sebuah hospital,” katanya.

Jelasnya, pembangkang juga gemar memutarbelitkan fakta dan meracuni rakyat dengan fitnah-fitnah kononnya BN sering menipu rakyat selain mendakwa kerajaan telah menghapuskan sistem subsidi.

“Mereka mendakwa nak hapuskan GST dan kembalikan subsidi. Sedangkan kerajaan masih lagi menyediakan subsidi untuk rakyat.

“Untuk kesihatan sahaja, kerajaan memperuntukkan RM26.5 billion subsidi. Pengajian tinggi RM5 billion. Bantuan makanan sekolah,RM 1 billion untuk sebulan. RM 6.5 billion untuk petani, penternak dan nelayan. Gas masak, tol, dan keperluan asas lain pula kerajaan memperuntukkan RM3.9 billion,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pecah Tanah Pembinaan Klinik Kesihatan Manjoi di tapak projek di Manjoi, dekat sini, pada Sabtu.

Turut hadir, calon Barisan Nasional (BN) DUN Manjoi, Mohamad Ziad; Pemangku Ketua Bahagian UMNO Tambun, Datuk Aminuddin Md Hanafiah, serta Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Ding Lay Ming.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");