Berita Hari Ini

‘Terpulang Kepada Kim Jong-un’

WASHINGTON – AMERIKA SYARIKAT. Persoalan sama ada persidangan bersejarah antara Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Kim Jong-un akan berlangsung bergantung kepada keputusan pemimpin Korea Utara itu, menurut Setiausaha Negara, Mike Pompeo.

“Keputusan berhubung persidangan bergantung sepenuhnya kepada Kim Jong-un,” ujar Pompeo.

Pyongyang mengancam untuk menarik diri daripada persidangan yang dijadual berlangsung pada 12 Jun depan di Singapura sekiranya AS terus mendesak penamatan program senjata nuklearnya.

Pompea turut menegaskan AS tidak teragak-agak untuk menarik diri sekiranya Korea Utara tidak bersedia untuk memenuhi syarat-syarat tertentu bagi menjayakan persidangan berkenaan.

“Pendirian kami tidak akan berubah sehingga Pyongyang mengambil langkah konkrit ke arah program nyahnuklear sepenuhnya di Semenanjung Korea.

“Amerika mengharapkan perjanjian yang adil dan sekiranya ia tidak berlaku, kami akan menarik diri,” katanya lagi.

Bercakap ketika pertemuan dengan Presiden Korea Selatan Moon Jae-in Selasa lalu, Trump mendesak agar usaha nyahnuklear dilaksanakan sepenuhnya.

Sementara itu, sekumpulan media asing kini berada di Korea Utara bagi menyaksikan penutupan tapak ujian nuklear Punggye-ri, namun ia terpaksa ditunda berikutan cuaca buruk. – BBC

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");