Berita Hari Ini

Tiada Pergerakan Keluar Masuk

KUALA LUMPUR: Tiada pergerakan keluar masuk kenderaan atau individu di kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dekat Langgak Duta, Taman Duta, di sini, sejak jam 6 pagi tadi.

Tinjauan di lokasi sehingga jam 10 pagi tadi mendapati hanya kelihatan beberapa anggota polis yang berkawal di lokasi berkenaan.

Najib meluangkan masa di Pekan, Pahang, semalam dan dipercayai bertolak dari kediaman Seri Kenangan, Peramu, Pekan kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Hari ini masuk hari keenam anggota polis berkawal 24 jam di hadapan kediaman Najib, malah petugas media juga masih berkampung di lokasi. ”-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");