Perak Hari Ini

Trek Rekod Bekas Wakil Rakyat Manjoi, Hulu Kinta, Tambun Terbaik

IPOH: Berdasarkan trek rekod cemerlang yang ditunjukkan penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Manjoi, DUN Hulu Kinta dan Parlimen Tambun pada penggal lalu, meyakinkan Barisan Nasional (BN) Perak bagi mempertahankan kerusi tersebut pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata pengaruh calon-calon berkenaan di kawasan masing-masing dapat menjadi kekuatan BN untuk memenangi kesemua kerusi yang ditandingi.

“Rakyat boleh menilai mereka. Sewaktu saya turun ke kawasan, saya tidak dengar sebarang rungutan rakyat terhadap wakil rakyat mereka.

“Bagi saya, mereka adalah bekas wakil rakyat yang rajin,” ujarnya.

Selain daripada itu, tambah Zambry yang juga Menteri Besar Perak, kekuatan pendokong-pendokong parti di semua peringkat juga dapat memberi kemenangan kepada BN di Parlimen Tambun dan dua DUN di dalamnya.

Beliau juga tidak menafikan sasaran BN dalam memperoleh majoriti besar bagi kawasan tersebut.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Klinik Kesihatan Manjoi di tapak projek di Manjoi, dekat sini, pada Sabtu.

Turut hadir, calon Barisan Nasional (BN) DUN Manjoi, Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin; Pemangku Ketua Bahagian UMNO Tambun, Datuk Aminuddin Md Hanafiah, serta Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Ding Lay Ming.

Pada PRU14, BN mengekalkan Mohamad Ziad untuk bertanding di kerusi DUN Manjoi, Aminuddin di DUN Hulu Kinta dan Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah bagi kerusi Parlimen Tambun.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");