Perak Hari Ini

‘’Tsunami Melayu’ Hanya Propaganda Ciptaan DAP’ – Zambry

PANGKOR: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak sekali lagi mengulangi kenyataan bahawa tidak akan berlaku ‘Tsunami Melayu’ pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) sebagaimana yang digembar-gemburkan pembangkang.

Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, perkara tersebut tidak lebih hanya sekadar sebuah propaganda dan persepsi yang dicipta DAP bagi memecahkan-belahkan masyarakat serta pengundi Melayu.

“Mana mungkin berlaku Tsunami Melayu sedangkan dalam parti-parti pembangkang mengelami perpecahan

“Terdapat ahli-ahli Pas yang keluar dan kemudiannya mewujudkan PAN (Parti Amanah Negara), sebuah parti yang diciptakan DAP, sebagai alternatif kepada Pas.

“Bukan sahaja gagal mencapai matlamat, malah apa yang mereka ramalkan berkenaan ‘Tsunami Melayu’, tidak berlaku. Dan ia sangat menduka-citakan DAP,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam satu sesi lawatan berkempen PRU14 di perkarangan Tokong Foo Ling Kong, Sungai Pinang Kecil, dekat sini, pada Jumaat.

Media tempatan turut menyatkan penafian ‘Tsunami Melayu’ daripada Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Beberapa kajian pemerhati politik turut menyatakan hal yang sama selain melaporkan BN bakal menambah beberapa bilangan kerusi dalam PRU14.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");