Panasnya Hari Ini

Tun Mahathir didakwa pinggir golongan nelayan di Langkawi

JITRA – Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan) Tun Dr Mahathir Mohamad membangunkan Langkawi dengan menidakkan kepentingan golongan nelayan di pulau pelancongan itu sewaktu beliau menjadi perdana menteri, kata bekas setiausaha politiknya Datuk Seri Mohd Johari Baharum.

Beliau berkata ini kerana bekas pemimpin itu yang kini bertanding untuk kerusi Parlimen Langkawi pada PRU14 atas tiket PKR, pernah bertindak menutup lima pengkalan nelayan di pulau itu bagi memberi laluan kepada pembangunan.

“Sewaktu itu banyak nelayan merungut apabila lima pengkalan nelayan ditutup termasuk pengkalan utama di Kuah, kerana Tun Mahathir membuat pembangunan tanpa mengambil kira masalah dan pendapat nelayan,” katanya.

Bagaimanapun keadaan mula berubah ketika Mohd Johari menjadi timbalan menteri pertanian dan industri asas tani (2009-2013), apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluluskan projek jeti Pantai Chenang bernilai RM12 juta.

Selain itu, Najib turut memberi peruntukan lebih RM30 juta untuk menaik taraf semua kemudahan di jeti nelayan di seluruh Langkawi.

Terbaharu, pada Februari lalu Najib mengumumkan peruntukan RM1.315 bilion untuk lima projek baharu kerajaan menerusi Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) di pulau itu, selain meluluskan peruntukan RM3.2 juta bagi pembinaan pemecah ombak sepanjang 100 meter di kawasan tambatan bot di jeti nelayan Chenang.

Katanya sehubungan itu, sudah tiba masanya pengundi di Langkawi bijak membuat pilihan dengan memberikan peluang kepada Najib untuk membawa lebih banyak pembangunan di pulau itu pada masa akan datang memandangkan zaman Tun Mahathir sudah pun berlalu.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");