Panasnya Hari Ini

Tun Mahathir Tidak Cerminkan Masa Depan Negara – Najib

KEPALA BATAS 5 Mei – Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak mencerminkan atau membawa ‘wajah’ masa depan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Oleh itu, Najib turut meminta agar rakyat tidak seharusnya hidup dalam ‘nostalgia’ dengan mengenang zaman 22 tahun pemerintahan pemimpin gabungan pembangkang PKR berkenaan yang sudah tidak relevan kepada negara.

Sebaliknya, kata beliau, rakyat perlu bersama dasar-dasar BN membawa negara ini ke arah masa depan yang lebih baik iaitu menjadi setanding dengan negara-negara maju lain.

“Takkan kita mahu terus hidup dalam nostalgia, sedangkan kita ada banyak perancangan untuk bergerak ke depan, untuk memacu kejayaan dan mengangkat martabat Malaysia supaya sama dengan negara paling maju,” katanya, lapor Utusan Online.

Beliau berucap dalam majlis bertemu rakyat kawasan Parlimen Kepala Batas di Kampung Pasir Gebu, Penaga di sini yang dihadiri barisan calon BN kawasan ini serta lebih 5,000 penduduk tempatan, lapor Utusan Online.

Dalam pada itu, Najib turut mengingatkan rakyat berkenaan dasar pembangunan mega ketika era pemerintahan Dr. Mahathir yang hanya bertumpu kepada bandar seperti membina bangunan pencakar langit, lebuh raya dan sebagainya.

Sedangkan, kata beliau, dasar BN ketika era pentadbirannya memastikan kemakmuran negara dikongsi pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan kurang berkemampuan sebagai contoh menerusi pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");