Perak Hari Ini

UMNO Perak Belum Bincang Calon Jawatan Tertinggi Parti

IPOH: Badan Perhubungan UMNO Perak belum membuat keputusan untuk mencalonkan mana-mana pemimpin bagi menerajui pucuk kepemimpinan tertinggi parti itu pada pemilihan tahun ini.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Saarani Mohamad, berkata mesyuarat badan perhubungan itu kelmarin tidak membincangkan perkara berkenaan atau membuat sebarang ketetapan mengenainya.

“Pada mesyuarat Selasa lalu, kami membuat keputusan untuk sebulat suara menyokong (bekas Menteri Besar) Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir untuk terus menyandang jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak.

“Untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden, UMNO Perak belum buat sebarang keputusan dan belum ada pendirian mengenainya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ketika ini, tugas Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) dipikul Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi manakala Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjalankan tugas Timbalan Presiden.

Ia berikutan peletakan jawatan Datuk Seri Najib Razak sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN pada 12 Mei lalu selepas kekalahan besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) baru-baru ini.

Mengenai mesyuarat cawangan yang bermula Sabtu ini dan diikuti di peringkat bahagian, Saarani berkata pihaknya menjangka suasana di negeri itu dalam keadaan terkawal.

Beliau tidak menolak kemungkinan ada pertandingan sengit pada pemilihan tahun ini tetapi ia dijangka berlangsung dalam keadaan terkawal dan tidak akan mewujudkan suasana ‘tegang’ dalam kalangan mereka yang bertanding.

“Sudah menjadi kebiasaan (dalam parti politik), setiap kali ada pemilihan, pasti akan ada yang bertanding (melawan penyandang), ia adalah perkara normal,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");