Membawang Hari Ini

Umum Bercerai Pada 1 Ramadan

SATU Ramadan, pasangan pelakon Nazim Othman dan Bella Dally telah membuat pengumuman di Instagram masing-masing bahawa jodoh mereka telah berakhir.

Melalui Instagram Bella pula lapor Sinar Harian, dia turut mencoretkan sesuatu untuk pengetahuan para peminat dan pengikutnya.

“ALLAH perancang terbaik

“Salam Ramadan kepada semua. Sebagai permulaan di bulan yang mulia ini saya ingin mengumumkan bahawa saya dan Nazim telah bercerai.

“Kenapa? Apa yang berlaku? Ini adalah persoalan yang keluarga tanyakan. Dipendekkan cerita rumah tangga kami tidak berjaya,” tulisnya

Bella juga mengakui bahawa mereka berdua telah berusaha yang terbaik untuk menjayakan perkahwinan tersebut namun tidak berjaya.

“Kami berdua mengambil keputusan ini sebagai jalan terbaik.

“Kepada rakan, keluarga, peminat dan teman sekerja yang berada ketika susah senang, terima kasih,” tulisnya lagi.

Nazim dan Bella berkahwin pada 10 September 2016.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");