Berita Hari Ini

United Sedia Labur RM1.06 Bilion Beli Neymar

LONDON: Manchester United dipercayai bersedia untuk membuat pembelian sensasi memecah rekod dunia dengan membawa bintang Paris Saint-Germain, Neymar ke Old Trafford.

Kelab gergasi Inggeris itu menyatakan dengan jelas akan bersaing dengan Real Madrid bagi mendapatkan tandatangan pemain kebangsaan Brazil itu jika dia meninggalkan PSG pada musim panas ini.

Kos untuk mendapatkan Neymar dijangka mencecah STG200 juta (RM1.06 bilion) tetapi United berkata mereka bersedia untuk membuat bayaran memecah rekod dunia selain menyamai jumlah gajinya STG30 juta (RM106.9 juta) setahun.

Kelab gergasi Sepanyol, Real dipercayai berada di barisan hadapan untuk mendapatkan pemain berusia 26 tahun itu yang membuat kejutan apabila meninggalkan Barcelona untuk menyertai PSG pada musim panas lalu dengan nilai STG198 juta (RM1.05 bilion).

Begitupun, usaha United dipercayai bergantung kepada bapa Neymar dengan kedua-duanya dikatakan sedang berusaha untuk mencapai kata sepakat.

Neymar Santos Sr adalah peminat United dan mengakui gembira jika anaknya bermain dengan kelab itu satu hari nanti.

Di PSG, Neymar beberapa kali bertegang leher dengan pengurus, Unai Emery dan sekalipun pengurus Sepanyol itu akan meninggalkan kelab bulan ini, ia dipercayai tidak mengubah keinginannya untuk meninggalkan ibu kota Perancis itu.

Neymar yang ketika ini berada di Paris begitupun mengambil pendekatan untuk mendiamkan diri mengenai spekulasi itu dan menghabiskan masanya dengan proses pemulihan susulan kecederaan. – Agensi

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");