Panasnya Hari Ini

Wan Amizan selesa tampil santai kempen malam

JERANTUT: Berkain pelekat dan berkopiah, itulah penampilan santai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tahan, Datuk Seri Wan Amizan Wan Abdul Razak, ketika berkempen pada waktu malam.

Katanya, beliau selesa berpakaian begitu, terutama ketika melawat Pusat Daerah Mengundi, malah pengundi juga sudah biasa melihat penampilannya itu.

“Inilah pakaian saya ketika bersama masyarakat di kawasan DUN Tahan apabila berkempen pada waktu malam sejak dua penggal lalu. Penduduk kampung pun sudah biasa melihat saya begini.

“Tambahan pula, sekarang ini cuaca agak panas. Apabila pakai kain pelekat, sejuklah sikit. Lagipun, kain pelekat melambangkan budaya Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program ramah mesra bersama penduduk Kampung Hulu Retang, di sini, malam tadi.

Wan Amizan berkata, golongan muda kini kurang gemar memakai kain pelekat walaupun ia adalah pakaian tradisi Melayu sejak dahulu lagi.

0

“Di samping berkempen, dapat jugalah saya menggalakkan mereka untuk memakai kain pelekat kerana ia sebenarnya lebih selesa,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Wan Amizan bertanding mempertahankan kerusi DUN Tahan yang disandangnya, berdepan calon PAS, Mohd Zakhwan Ahmad Badardin, dan Nordin Samat (PKR).

Wan Amizan yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut menyandang kerusi DUN Tahan sejak dua penggal lalu dengan memperoleh majoriti 1,090 undi pada PRU-13.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");