Jenayah

Wanita 100 Tahun Ditemui Rentung

RANAU: Seorang wanita warga tua berusia 100 tahun rentung selepas rumah didiaminya musnah sama sekali dalam kebakaran di Kampung Lohan Ulu, dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.40 petang itu, seorang lelaki dikenali sebagai Adrian Sha, cedera di bahagian kepala serta melecur.

Turut musnah ialah sebuah kereta PERODUA Kancil yang diletakkan di tepi rumah terbabit.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.48 petang.

Anggota bomba berada dilokasi kejadian dalam satu kebakaran yang memusnah sebuah rumah serta mengobankan seorang perempuan warga emas, di Kampung Lohan Ulu, Ranau. – Foto ihsan Bomba
Katanya, seramai sembilan anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan I Devi Engsoi bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ranau ke lokasi kejadian.

“Kebakaran membabitkan sebuah rumah jenis tidak kekal yang terbakar 100 peratus.

“Terdapat mangsa wanita berumur lingkungan 100 tahun ditemui rentung dan seorang mangsa lelaki cedera di bahagian kepala dan melecur.

“Mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital menggunakan jentera Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Perubatan (EMRS) manakala mangsa rentung diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya menerusi kenyataan,memetik laporan Berita Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");