Perak Hari Ini

Zainol Umum Keluar UMNO, Masuk PPBM

Adun Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin yang sebelum ini membuat keputusan menyokong Pakatan Harapan akhirnya mengumumkan perletakan semua jawatan di dalam Umno dan sekaligus mengisytiharkan diri keluar parti.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat secara suka rela dan tanpa paksaan, imbuhan atau sebarang janji dari mana-mana pihak.

“Keputusan ini juga saya ambil setelah mengambilkira pendapat majoriti daripada rakyat termasuk pengundi-pengundi dan penyokong-penyokong dikawasan saya.

Jelas beliau lagi, keputusan itu juga dibuat setelah mengambilkira suasana politik semasa Negara dan kepentingan rakyat di kawasannya.

“Seperti yang telah saya janjikan didalam pilihanraya kepada masyarakat kawasan saya adalah untuk memberi khidmat saya yang sepenuhnya dan mereka adalah keutamaan saya di dalam pekara ini,” katanya pada satu sidang media hari ini.

Selain itu, Zainol turut mengumumkan bahawa beliau akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) serta akan menyokong penuh Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Perak yang diketuai oleh saudara Ahmad Faizal bin Dato Azumu.

“Selain daripada saya , terdapat beberapa orang Ahli Umno yang bersama-sama saya mengisytiharkan keluar dari Parti Umno dan menyertai Parti BERSATU .

“Keputusan kami ini adalah secara sukarela dan tanpa sebarang paksaan ataupun imbuhan yang dijanjikan oleh mana-mana pihak.

Zainol menambah, beliau percaya keputusan yang dibuat adalah terbaik untuk kepentingan dan perpaduan rakyat.

“Kami bersedia untuk membantu serta berkhidmat kepada rakyat dan kerajaan Harapan Negeri Perak untuk mencapai visi dan misi bagi masa hadapan rakyat.

“Oleh yang demikian saya berharap dengan pengumuman ini saya dapat menjelaskan kedudukan saya dan rakan-rakan seperjuangan saya kepada seluruh rakyat negeri Perak khususnya rakyat di kawasan DUN saya DUN Sungai Manik Perak,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");