Perak Hari Ini

Zambry Rasmi Dewan Amanjaya Fasa 3A

SERI MANJUNG: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini berkesempatan hadir merasmikan Dewan Amanjaya Taman Fasa 3A, dekat sini.

Berucap dalam majlis beliau berkata dewan yang mampu memenuhi 300 orang pada satu-satu masa itu merupakan antara tujuh buah dewan yang dibangunkan kerajaan negeri melalui Majlis Perbandaran Manjung untuk daerah tersebut .

Jelasnya dewan itu berjaya disiapkan sekitar tempoh 3 bulan.

Majlis turut dihadiri calon Barisan Nasional bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang, Datuk Rashidi Ibrahim.

Terdahulu Zambry juga berkesempatan hadir ke Majlis Bersama Anggota Rela Daerah Manjung di Kampung Dato Seri Kamaruddin, dekat sini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");