Perak Hari Ini

Zambry Santuni 200 Pelajar Tahfiz

IPOH: Bersempena dengan permulaan bulan Ramadan, Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini berkesempatan menyantuni kira-kira 200 pelajar dari sekolah-sekolah maahad tahfiz sekitar Bandaraya Ipoh, dalam majlis berbuka puasa di Kediaman Menteri Besar, dekat sini.

Turut kelihatan hadir isteri beliau, Datin Seri Saripah Zulkifli, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad serta pegawai-pegawai daripada beberapa agensi kerajaan termasuk Yayasan Kemajuan Islam Darul Ridzuan (KADIR).

Para tetamu dan pelajar mula datang ke Kediaman Menteri Besar sekitar jam 7.00 petang.

Setelah azan maghrib berkumandang, kesemua yang hadir menjamah jamuan ringan sebelum menuaikan sembahyang maghrib secara berjemaah.

Kemudian, kesemua mereka dihidangkan dengan juadah berbuka puasa yang disediakan di dalam talam dan dimakan secara beramai-ramai.

Zambry turut berkesempatan beramah- mesra dengan pelajar-pelajar tahfiz yang hadir.

Selepas itu, beliau dan tetamu menunaikan sembahyang Isyak secara berjemaah dan dikuti dengan Solat Sunat Tarawih 20 rakaat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");