Perak Hari Ini

Zuraimi Yakin UMNO, BN Akan Bangkit

IPOH: Walaupun nasib tidak menyebelahi Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14), namun sebagai calon yang telah diberi mandat oleh rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manong, Mohamad Zuraimi Razali, beliau redha dan akan terus menjalankan tanggungjawab digalas kepada mereka.

Jelasnya, sebagai calon muka baharu perkara itu merupakan satu cabaran buatnya selain meminta sedikit masa bagi menyesuaikan diri sebagai wakil rakyat pembangkang, dalam usaha memperkasakan agenda rakyat.

Tambah Zuraimi, kejayaan BN dalam mengekalkan kerusinya,  DUN Bukit Chandan dan Parlimen Kuala Kangsar pada pilihanraya kali ini, menunjukkan rakyat, khusus di kawasanya masih menaruh kepercayaan kepada BN dan UMNO.

“InsyaAllah UMNO, BN akan bangkit kembali. Saya percaya dengan kepimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mana beliau akan mampu memulihkan kembali kepercayaan rakyat kepada BN.

“Di Kuala Kangsar, kita tidak mempunyai masalah memandangkan rakyat masih memberi kepercayaan kepada BN.

“Ditambah pula, dengan kekuatan UMNO di Kuala Kangsar yang diterajui Datuk Mohamad Kamil Shafie kita juga yakin parti akan kembali bangkit,” katanya kepada Perak Today, dekat sini, hari ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya tentang pendekatannya bagi memenangi hati rakyat untuk terus mengekalkan kemenangan BN di kerusinya,  Zuraimi berkata ianya akan mengalami sedikit perubahan.

Jelasnya beliau akan mengurangkan penganjuran majlis-majlis tertentu sebaliknya memperbanyakkan program-program kemanusiaan yang dilihat lebih berkesan dalam mendekati serta memahami setiap denyut nadi rakyat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");