Perak Hari Ini

1,256 Lokasi World#Quranhour Di Perak

Ia membabitkan masjid, surau, sekolah, pejabat kerajaan dan swasta, perpustakaan, balai bomba dan polis di seluruh negeri yang mana peserta di setiap lokasi membaca al-Quran secara serentak bermula jam 11 pagi hari ini.

Program peringkat negeri diadakan di Masjid Negeri atau Masjid Sultan Idris Shah II di sini dihadiri kira-kira 1,200 peserta.

Pengerusi penganjur utama World#Quranhour peringkat negeri yang juga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, Mohammad Nazari Abdul Hamid, berkata pihaknya gembira dengan sambutan memberangsangkan terhadap program berkenaan yang masuk tahun ketiga pelaksanaannya.

Katanya, setiap peserta yang menyertai program di Masjid Negeri menerima senaskah al-Quran secara percuma.

“Program di Masjid Negeri bermula jam 10 pagi menerusi aktiviti tadarus serta khatam al-Quran disusuli bacaan surah al-Fatihah serta surah al-Baqarah ayat 1 hingga 5 surah.

“Kemudian, sembilan qari yang setiap seorang mewakili beberapa agensi termasuk Imam Besar Masjid Negeri, Mohd Farid Salleh, akan membaca surah al-Hujurat bermula jam 12 tengah hari,” katanya ketika ditemui pada program berkenaan.

Beliau berkata, oleh kerana surah al-Hujurat mempunyai 18 ayat, setiap seorang akan membaca dua ayat daripada surah berkenaan.

Katanya, ia kemudian diikuti dengan majlis tadabbur dan tazakkur, iaitu menterjemah, mentafsir serta mengambil pengajaran daripada ayat berkenaan.

Hadir sama pada program berkenaan ialah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Penerangan negeri, Dr Abdul Aziz Bari.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");