Berita Hari Ini

1MDB:Pasukan Petugas Khas Sahkan Beku Sejumlah Akaun

PUTRAJAYA – Pasukan Petugas Khas 1MDB membekukan sejumlah akaun milik individu dan beberapa organisasi dan parti termasuk Umno dipercayai terlibat dengan penyelewengan dana 1MDB.

Perkara itu disahkan pasukan khas itu dalam kenyataannya hari ini.

Turut dibekukan, akaun milik persatuan dan syarikat yang juga terlibat dalam siasatan kes ini.

“Pasukan Petugas Khas 1MDB memberi jaminan bahawa siasatan dijalankan secara adil dan profesional mengikut undang-undang yang ditetapkan,” katanya lapor Sinar Harian.

Sehubungan itu, semua pihak diminta memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk melaksanakan proses siasatan tersebut dan tidak membuat sebarang spekulasi kerana dikhuatiri menjejaskan proses siasatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");