Jenayah

20 Tahun Dikurung Kerana Punyai Teman Lelaki

SANTA FE – ARGENTINA. Seorang wanita di Argentina yang dikurung oleh keluarganya selama 20 tahun kerana mempunyai teman lelaki berjaya diselamatkan pihak polis.

Marisa Almiron, kini berusia 42 tahun, dikurung di usia muda oleh bapanya kerana dikatakan mempunyai teman lelaki.

Ketika diselamatkan, Almiron ditemui dalam keadaan terikat pada sebuah katil, tidak berpakaian serta dikelilingi najis.

Menurut polis, lapan tahun selepas kematian bapa Almiron, abangnya pula meneruskan seksaan tersebut.

Wanita malang itu akhirnya diselamatkan susulan laporan jiran yang tinggal berhampiran.

Jiran tersebut mendakwa, laporan telah dibuat selama bertahun-tahun namun tiada sebarang tindakan diambil malah dia turut menerima ugutan daripada keluarga Almiron.

“Selama bertahun-tahun saya mendengar jeritan wanita itu , dia sudah cukup terseksa”, katanya.

Sementara itu, kesemua enam beradik yang mengetahui apa yang menimpa Almiron juga hanya berdiam diri.

Abang Almiron bernama Mario memberi alasan adiknya dikurung kerana mempunyai masalah mental.

Wanita itu kini dirawat di hospital dan siasatan masih dijalankan namun tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini.

Kes Almiron mirip kepada kes Josef Fritzl dari Austria yang mengurung anak perempuannya di dalam rumah selama 24 tahun dan turut menodainya. – Dailymail

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");