Berita Hari Ini

53 Aduan GST di Pulau Pinang

Pengarah KPDNKK negeri, Mohd Ridzuan Ab Ghapar, berkata daripada jumlah itu 11 aduan sudah diambil tindakan, manakala 15 kes masih dalam dalam siasatan pihaknya.

Beliau berkata, kebanyakkan laporan dan aduan yang diterima pihaknya adalah berkaitan barangan yang dijual masih mempamerkan harga lama sebelum kadar GST kosong peratus.

“Ada aduan yang diterima juga membabitkan barangan yang dijual masih mengenakan kadar GST enam peratus, sedangkan pada 1 Jun lalu, kadar GST adalah kosong peratus.

“Kita sudah mengambil tindakan berkenaan aduan ini termasuk memberi amaran kepada peniaga atau premis,” katanya.

Mohd Ridzuan berkata, orang ramai juga perlu mengenal pasti samada kedai atau premis yang dikunjungi mereka berdaftar dengan GST atau tidak.

Katanya, ini kerana, pengguna berdepan tanggapan bahawa semua barangan di premis perniagaan akan diturunkan harga sedangkan ada sesetengah kedai yang tidak mengenakan GST dan mengekalkan harga yang lama.

Menurutnya, sehingga hari ini juga sejumlah 859 premis membabitkan harga 25,777 barangan sudah diperiksa pihanya bagi memastikan peniaga mematuhi kadar GST kosong peratus dalam harga yang dipamerkan atau yang dikenakan ke atas pengguna.

“KPDNKK akan menyiasat sebarang aduan berkenaan GST dalam tempoh 24 jam dan ia merupakan komitmen tinggi daipada KPDNKK agar pengguna tidak tertipu.

“Kami sudah memberi notis dan makluman kepada premis perniagaan agar mempamerkan harga baru yang mengenakan kadar cukai kosong peratus pada barang jualan mereka,” katanya ketika meninjau harga barangan di Pasar Besar Mydin Bertam di sini, hari ini.

Katanya, Mydin Bertam sudah 98 peratus selesai menukar harga pada semua barangannya mengikut kadar GST kosong peratus dan sudah selesai mengubah sistem pada semua mesin daftar tunai mengikut kadar yang baru.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");