Perak Hari Ini

Ada Syarikat Penerbangan Minat Buka Laluan Ipoh-JB

IPOH: Sebuah syarikat penerbangan tempatan dilaporkan sedang merancang membuka laluan penerbangan antara Ipoh, Perak dan Johor Bahru, Johor.

Menteri Besar Perak, Ahamd Faizal Azumu berkata, kerajaan negeri sangat mengalu-alukan cadangan tersebut selain melihat ianya bakal memberi manfaat kepada rakyat secara umum.

Walau bagaimanapun, jelasnya nama syarikat tersebut tidak boleh diumumkan lagi kerana ianya masih berada di peringkat perbincangan.

“Sejak kebelakangan ini ramai pihak daripada wakil syarikat penerbangan yang menyuarakan hasrat mereka berminat untuk membuka syarikat mereka di Perak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Lembaga Air Perak di Casuarina Meru, dekat sini, hari ini.

Pada perkembangan sama, ketika ditanya sama ada kerajaan negeri akan meneruskan legasi terma ‘Perak Amanjaya’ sebagaimana yang dilaksanakan pentadbiran sebelum ini, Ahmad Faizal berkata ianya cukup sekadar ‘Perak’ sahaja.

“Kalau sebelum ini ada ‘Salam Perak Amanjaya’, ‘Salam 1Malaysia’, saya fikir zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, hanya ‘Assalamualaikum’, juga sudah aman dan berjaya negara kita.

“Saya harap selepas ini yang jadi Menteri Besar, cukuplah hanya kekalkan nama negeri kita Perak Darul Ridzuan,” jawabnya ringkas.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");