Membawang Hari Ini

Aksi Abang Askar, Polis Nyanyi Lagu Raya Jadi Tular

KUALA LUMPUR: Video lebih tiga minit menampilkan anggota pasukan keselamatan negara mendendangkan lagu Senandung Hari Raya Untukmu nyanyian asal Dayangku Intan, kembali tular.

Kemunculan bersahaja penyanyi yang dipercayai anggota pelbagai pangkat pasukan beruniform mendendangkan lagu raya melalui aplikasi Smule, pantas menarik perhatian netizen, sejak dua minggu lalu.

Memetik laporan BH Online, aksi selamba setiap anggota antaranya termasuk mewakili Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia, mencuit hati penonton, biarpun klip terbabit dipercayai dimuat naik, tahun lalu.

Meraih hampir 2,000 tontonan sejak dikongsi semula di YouTube, video yang menampilkan sekurang-kurangnya lapan anggota pasukan keselamatan itu disunting secara kreatif. Malah, setiap peserta turut mengucapkan ‘Selamat Hari Raya Aidil Fitri’ kepada penonton.

Inisiatif peserta merakamkan klip terbabit dipuji netizen, apatah lagi dengan latar belakang yang seolah-olah menampakkan mereka sedang bertugas ketika orang lain sibuk membuat persiapan menyambut Syawal.

Selain video itu, satu lagi klip video menampilkan anggota PDRM menyanyikan lagu Hang Pi Raya nyanyian kumpulan Khalifah kembali tular di YouTube.

Lagu berdurasi lima minit itu meraih tontonan lebih 100,000 kali.

Satu lagi klip video hampir tiga minit membabitkan anggota PDRM menyanyikan lagu Pulang Raya Polis yang dimuat naik tahun lalu, turut mencatat lebih 24,000 tontonan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");