Perak Hari Ini

Amanah Perak Hulur Sumbangan Hari Raya Kepada 100 Asnaf

IPOH: Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Perak hari ini menyalurkan sumbangan bantuan Hari Raya Aidilfitri kepada 100 orang golongan asnaf yang antaranya terdiri daripada ibu dan bapa tunggal di sekitar Chemor dan Manjoi.

Pengerusinya, Asmuni Awi berkata kesemua asnaf yang terpilih itu merupakan individu yang telah dikenalpasti oleh setiap cawangan parti di kawasan masing-masing.

Jelasnya, bilangan golongan yang memerlukan bantuan sebenarnya lebih ramai daripada jumlah berkenaan dan disebabkan itu beliau akan terus mempergiatkan usaha bagi mengenalpasti golongan yang kemungkinan tercicir.

“Kalau ikutkan jumlah orang memerlukan ini lebih ramai. Tetapi, sebagaimana yang saya sebutkan tadi, ini merupakan program pertama yang kita anjurkan selepas mengambil alih pentadbiran kerajaan.  Kemampuan kita pun agak terbatas.

“Insya-ALLAH dalam beberapa hari ini, kita akan dapatkan dan menghubungi mereka dan paling lewat sehingga Khamis ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Rumah Amanah Chemor, dekat sini, pada Ahad.

Asmuni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi berkata, selepas ini Amanah akan cuba menghulurkan sumbangan kepada golongan anak-anak yatim pula.

Ujarnya, ia sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) tahunan Amanah khsusnya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Dalam pada itu, ketika ditanya dan mengulas lanjut tentang keadaan peruntukan yang agak terhad, beliau berkata pihaknya akan berjimat cermat selain berusaha mencari sumber kewangan lain, dalam meruskan usaha mulia seperti ini.

“Mungkin bulan Jun tahun hadapan kita boleh teruskan dengan aktiviti lain. Masih ada baki separuh lagi yang boleh digunakan.

“Jika tidak silap saya, untuk Exco diperuntukan RM600,000 seorang dan saya difahamkan pegawai kewangan negeri masih ada baki lagi RM300,000,” katanya,

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");