Panasnya Hari Ini

Asyraf Wajdi Tanding Ketua Pemuda UMNO

Beliau berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan lima agenda utama yang perlu diberi fokus dalam membawa perubahan kepada UMNO.

“Lima agenda utama harus difokuskan untuk memaknakan perubahan ini iaitu pengkaderan, pentarbiyahan, pemantapan ilmu, pengukuhan jati diri dan pemerkasaan rohani.

“Berpandukan lima agenda inilah, saya menawarkan diri sebagai calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, ujian yang melanda UMNO kini adalah isyarat Allah supaya pendukung parti menjiwai makna perjuangan sejati.

“Apa yang tinggal kini hanya sisa perjuangan yang menagih kesetiaan dan keikhlasan setiap warga untuk melakukan perubahan dalam parti.

“Perubahan dalam UMNO harus bermula dengan pembangunan generasi muda pewaris perjuangan.

“Pemuda perlu disuntik dengan idealisme, roh dan semangat pengorbanan berteraskan prinsip Islam sejati, sebagaimana mendasari perjuangan UMNO sejak awal penubuhannya,” katanya.

Semalam, Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun, mengumumkan akan bertanding jawatan ketua pergerakan itu pada pemilihan parti akan datang.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");