Perak Hari Ini

Australia Minat Jadikan Perak Hub Pendidikan

IPOH:  Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia menyifatkan Perak sebagai negeri yang sangat sesuai untuk dijadikan hub pendidikan.

Menjadikan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai contoh,  Andrew Goledzinowski, dalam kunjungan hormatnya ke Pejabat Menteri Besar di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini petang tadi berkata, Australia juga berkemungkinan akan berminat untuk membuka beberapa institusi pendidikan mereka di sekitar Bandaraya Ipoh.

Jelasnya, kefahaman yang mendalam Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu terhadap negaranya membuatkan beliau merasakan hubungan Australia-Malaysia, khususnya di Perak akan lebih akrab di masa hadapan.

“Saya sangat tertarik dengan beliau kerana beliau amat mengenali pelaburan-pelaburan Australia di Ipoh dengan lebih baik berbanding saya.

“Beliau katakan kepada saya supaya membawa masuk lebih banyak pelabur ke sini dan saya jawab, itu memang tugas saya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Ahmad Faizal sekitar jam 4.00 petang tadi di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini.

Dalam pada itu, beliau berkata pada esok, rombonganya akan ke Dataran Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan Perkuburan Tentera di Taiping, sebagai memperingati peristiwa Darurat Malaysia yang ke-70 tahun.

Ujarnya, dalam peristiwa bersejarah itu, ramai tentera Australia turut menjadi korban dalam pertempuran menentang askar komunis di Tanah Melayu, ketika itu.

Andrew merupakan duta asing pertama yang melakukan kunjungan hormat kepada Ahmad Faizal, selepas mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak, pada 12 Mei lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");