Panasnya Hari Ini

Azalina Pertahankan Jawatan MT

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi Umno , Datuk Seri Azalina Othman Said sedia mempertahankan jawatannya bagi pemilihan Umno sesi 2018-2021.

Menurutnya, rata-rata ahli Umno masih setia dan mengharap perubahan yang drastik berlaku dalam parti itu.

“Justeru bagi bersama-sama dalam membina semula parti yang dicintai ini, maka saya Azalina Othman Said dengan penuh rasa tanggungjawab menawarkan diri sebagai calon Ahli Majlis Tertinggi Umno dalam pemilihan sesi 2018-2021,” katanya, sebagaimana dilaporkan Sinar Online.

Menurutnya, perubahan demografik dalam landskap politik hari ini memerlukan kerja keras daripada semua peringkat dalam mengembalikan serta membina semula parti keramat Umno.

“Kealpaan kita dalam menilai suara akar umbi pada PRU lalu memberi natijah yang besar kepada parti.

“Sehubungan itu, saya akan memastikan suara akar umbi menjadi formula penting dalam setiap tindakan dan keputusan dalam parti. Umno perlu bertindak sebagai saluran kepada suara akar umbi bagi memastikan kebajikan rakyat sentiasa diperjuangkan dan dibela,” katanya.

Beliau berpendapat, untuk kekal relevan, Umno perlu membentuk dimensi baru.

“Walaupun berdepan dengan cabaran masa kini, Umno perlu menunjukkan kematangan politik agar dihormati kawan dan lawan.

Dalam pada itu, Azalina turut mencadangkan sebuah institut kajian politik ditubuhkan bagi membantu Umno dalam memperhalusi isu-isu semasa rakyat khususnya isu-isu yang menyentuh masyarakat Melayu.

“Saya percaya pemilihan kali ini mampu menjadi permulaan yang baik kepada perubahan Umno yang lebih gemilang,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");