Berita Hari Ini

Bayaran Khas Aidilfitri Tiada Dalam Bajet 2018

PUTRAJAYA: Bayaran khas Aidilfitri RM1,500 kepada penjawat awam yang dijanjikan kerajaan terdahulu, sekadar pengumuman dan tidak dimasukkan ke dalam peruntukan Bajet 2018.

Menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan, hari ini, perkara berkenaan disahkan Pejabat Akauntan Negara yang mana Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 5 Tahun 2017 berkaitan hal itu sudah dibatalkan dan diganti dengan SPANM Bilangan 1 Tahun 2018.

“Akauntan Negara, Datuk Saat Esa, juga mengesahkan bahawa peruntukan bagi bayaran khas Aidilfitri seperti diumumkan oleh bekas Perdana Menteri dalam Bajet 2018 pada 27 Oktober tahun lalu, perlu diluluskan dalam sidang Parlimen, Julai depan, sebagai Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2018.

“Maka, kenyataan Menteri Kewangan (Lim Guan Eng) baru-baru ini bahawa peruntukan tambahan atau Rang Undang-undang Akta Perbekalan Tambahan untuk bayaran khas Aidilfitri kepada penjawat awam dan pesara, masih perlu diluluskan dalam sidang Parlimen, Julai depan, adalah tepat sekali.

“Ini berikutan walaupun bayaran khas itu dinyatakan dalam ucapan Bajet 2018, ia satu pengumuman sahaja kerana tidak disediakan dalam peruntukan Bajet 2018,” katanya lapor Berita Harian.

Menurut kenyataan itu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 30 Mei lalu mengumumkan bahawa penjawat awam di Gred 41 dan ke bawah diluluskan permohonan Bayaran Khas Aidilfitri RM400, manakala RM200 untuk pesara.

“Oleh itu, Menteri Kewangan sudah menyatakan bahawa kerajaan akan memohon peruntukan tambahan bagi membiayai keperluan perbelanjaan di atas pada sidang Parlimen akan datang.

“Namun, ada pihak berpendapat bahawa peruntukan permohonan tambahan sudah disediakan dalam Bajet 2018 kerana bekas Perdana Menteri mengumumkan bayaran khas RM1,500 kepada semua penjawat awam dalam ucapan pembentangan Bajet 2018.

“Namun sebenarnya, peruntukan bagi pengumuman bayaran itu tidak disediakan dalam Bajet 2018,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");