Perak Hari Ini

Beri Sokongan Bukan Jaminan Noor Azmi Diterima Pakatan Harapan

IPOH:Tindakan Ahli Parlimen Bagan Serai, Dr Noor Azmin yang menyatakan sokongan kepada kerajaan Pakatan Harapan bukannya satu jaminan buatnya untuk menyertai Pakatan Harapan.

Ketua Penerangan Keadilan Perak, Siti Aishah Shaik Ismail berkata Keadilan Perak tetap berpegang teguh dengan prinsip yang telah dinyatakan bahawa sesiapa sahaja boleh menyatakan sokongan namun itu bukanlah satu jaminan  bahawa mereka diterima di dalam PH.

“Parti Keadilan Rakyat Perak mengambil maklum berhubung dengan kenyataan yang dibuat oleh Dr Noor Azmi Ahli yang telah mengumumkan untuk meninggalkan Umno dan menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan Menteri Besar Perak Faizal Azumu hari ini.

“Saya menyifatkan bahawa apa yang dibuat oleh Dr Noor Azmi tidak kurang hanya sebagai modal akhir beliau dalam meneruskan kelangsungan politik beliau yang sedia ada,” katanya.

Jelasnya lagi, semua sedia maklum bahawa Ahli Parlimen Bagan Serai itu merupakan individu di dalam UMNO yang sebelum ini lantang menyindir dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang langsung tidak melambangkan dan menjaga sensitiviti beliau sebagai wakil rakyat kepada rakyat yang diwakilinya.

“Kepada Dr Noor Azmi sewajarnya beliau menjadikan tempoh ini sebagai masa untuk beliau bermuhasabah dan memohon kemaafan kepada rakyat atas sikap lalu yang telah dilakukan dalam menyokong dan mendokong kerajaan Umno Barisan Nasional,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya lagi, sekarang adalah masa buat Pakatan Harapan bekerja sebagai Kerajaan yang telah dipilih oleh rakyat dan membiarkan mereka-mereka yang berpolitik untuk hidup seperti Dr Noor Azmi hanya menjadi berita politik.

“Ibarat kata pepatah ” Ada tidak menambah, tiada lebih baik”,katanya ringkas.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");