Sukan Hari Ini

Blanc: Pogba Lebih Baik Berbanding Vieira

LAGENDA Perancis, Laurent Blanc, berpendapat bahawa Paul Pogba memiliki kemampuan yang lebih baik berbanding bekas tonggak Perancis, Patrick Vieira.

Vieira yang merupakan bekas pemain utama di jentera tengah Arsenal telah meraih dua kejuaraan bersama Perancis, namun Blanc menyifatkan kebolehan teknikal dan lebih bebas di atas padang sebagai satu faktor yang membuatkan Pogba lebih bagus.

Dia juga menambah, pemain berusia 25 tahun itu masih mempunyai ruang untuk meningkatkan kemampuannya bagi mencapai tahap terbaik.

“Saya rasa dia adalah pemain baru. Jangan lupa, Pogba masih muda, jadi dia mempunyai masa untuk terus berkembang,” kata Blanc, sebagaimana dilaporkan Stadium Astro.

“Ketika zaman saya, terdapat beberapa pemain yang mempunyai kelebihan fizikal dan salah seorangnya adalah Vieira.

“Secara teknikal, Vieira pemain yag bagus tetapi Pogba mengatasinya, terutamanya daripada segi serangan.

“Jika Pogba mampu menggunakan kelebihan fizikal dan teknik yang ada, dia boleh menyumbat lebih banyak gol. Kini, dia jelas berada di depan dalam aspek fizikal buat skuad Perancis dan ia boleh memberikan perbezaan dalam perlawanan.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");