Panasnya Hari Ini

BN Kalah PRU14 Kerana Najib, Kata Ahli Umno

SEBAHAGIAN besar ahli dan perwakilan Umno percaya Barisan Nasional kalah Pilihan Raya Umum ke-14 kerana rakyat menolak kepimpinan Najib Razak, berbanding faktor-faktor lain termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan skandal 1Malaysian Development Berhad (1MDB)

Dua daripada lima perwakilan dan ahli Umno dalam satu kajian terbaru Merdeka Center menyalahkan kekalahan BN pada Najib, manakala hanya seorang daripada lima menyalahkan GST.

Hanya 8% daripada responden kajian itu berpendapat BN kalah kerana kritikan Dr Mahathir Mohamad ke atas Putrajaya, sementara 14% percaya isunya 1MDB.

Kajian Merdeka Center ini melibatkan 723 responden terdiri daripada  perwakilan dan ahli biasa Umno dari 191 bahagian di seluruh Malaysia.

Kaji selidik secara temu bual melalui telefon itu dijalankan minggu ini, antara Isnin hingga semalam.

PAS yang menyebabkan pertembungan sekurang-kurangnya tiga penjuru di semua kerusi Parlimen bukan faktor BN kalah, kata kajian itu lagi.

Kajian itu meliputi 69% ahli biasa, 1% ketua bahagian atau ahli jawatankuasa bahagian, 13% ketua atau AJK cawangan, 5% ahli sayap Pemuda, Puteri dan Wanita, dan 8% bukan ahli atau penyokong Umno.

Daripada 723 responden itu, 75% lelaki dan 25% wanita, berumur antara 21 hingga lebih 60 tahun. Majoriti responden atau 44% berumur di bawah umur 40 tahun.

Majoriti 83% berpendapat Umno kini menghadapi masalah besar. 40% daripada responden turut menyatakan Umno kini goyah dan 14 % lagi lebih terang menyatakan ia dalam keadaan goyah.

Hanya 9% berpendapat Umno masih dalam keadaan kukuh manakala 25% berkata keadaan parti Melayu terbesar itu masih baik.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, Umno dan BN tewas buat kali pertama walaupun Najib menjanjikan pelbagai perkara termasuk pengecualian cukai terhadap mereka berumur 26 tahun ke bawah beberapa hari sebelum pembuangan undi.

Beliau kemudiannya meletak jawatan sebagai presiden Umno dan pengerusi BN pada 12 Mei selain menyatakan kekalahan mereka adalah disebabkan oleh fitnah Pakatan Harapan dan kempen Mahathir.

Ahmad Zahid Hamidi kemudiannya mengambil alih tugas Najib sementara sepupu bekas perdana menteri itu, Hishamuddin Hussein mengambil alih tugas timbalan presiden parti.

Najib kini berdepan siasatan berkenaan penyelewengan skandal 1MDB dan dijangka bakal didakwa dalam masa terdekat.– 29 Jun, 2018.-TMI

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");