Panasnya Hari Ini

BN Perlu Semak Dan Seimbangkan Kerajaan PH-KJ

Barisan Nasional (BN) mesti tampil untuk menyemak dan mengimbang Kerajaan Pakatan Harapan (PH), terutamanya di Parlimen demi mengukuhkan institusi demokrasi ulung yang dituntut dalam Malaysia baharu.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menyifatkan tugas pemimpin dikalangan anggota parti itu sebagai pembangkang mesti diteruskan biarpun ada defisit kepercayaan terhadap BN.

“Bagi pihak Barisan Nasional, walaupun PRU-14 merupakan penolakan terhadap parti dan agenda kami, rakyat mahu BN memainkan peranan sebagai sebuah pembangkang berwibawa yang dapat menyemak dan mengimbangi Kerajaan PH.

“Antara mesej utama lain yang dihantar oleh pengundi juga adalah agar tiada lagi Kerajaan yang kebal daripada kehendak rakyat dan setiap langkah Kerajaan akan diperiksa dengan teliti untuk memastikan pentadbiran yang cekap serta berintegriti.

“Saya sedar bahawa BN tidak akan diterima serta-merta sebagai sebuah pembangkang yang berwibawa.

“Yang jelas dan nyata, defisit kepercayaan yang wujud di kalangan rakyat terhadap kami sangat luas,” katanya menerusi suatu kenyataan baru-baru ini.

Khairy menambah, sehubungan itu beliau mencadangkan agar BN segera memulakan persiapan untuk sidang Parlimen pertama.

Katanya, langkah pertama yang perlu dilakukan kepimpina parti itu adalah untuk memisahkan tugas antara parti dan juga wakil-wakil rakyat BN di Parlimen.

Malah jelas beliau, Pengerusi BN tidak semestinya menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen, sebaliknya, Pengerusi BN perlu memberi tumpuan kepada usaha menstrukturkan semula parti.

“Tugas-tugas perundangan di Parlimen boleh dipikul oleh pasukan lain yang dipandu oleh pendirian dan polisi yang ditentukan oleh parti BN itu sendiri.

“Setelah Ketua Pembangkang dipilih di kalangan ahli-ahli Parlimen BN, satu Kabinet bayangan perlu dibentuk.

“Walaupun tiada peruntukan rasmi untuk mewujudkan Kabinet bayangan, satu pasukan boleh diumum secara tidak rasmi bagi membolehkan rakyat merujuk dengan mudah siapa Menteri bayangan bagi menyemak dan mengimbangi tugas Menteri Kerajaan.

“Sebagai pembangkang, BN juga akan mengusahakan supaya peranan Parlimen diperkukuhkan lagi,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");