Membawang Hari Ini

“Boleh Tegur Tapi Jangan Sampai Biadap” – Scha Alyahya

PELAKON Scha Alyahya memberitahu dia mengambil keputusan untuk memotong rambut pendek adalah kerana wataknya dalam filem berjudul Bikin Filem.

Scha berkata, dia juga mengambil peluang itu untuk memberi kelainan dan imej baharu yang lebih segar.

“Pada mulanya pengarah minta saya berambut panjang untuk beri kelainan pada watak Zarina tapi pada saat akhir saya fikir lebih baik potong rambut.

“Mereka juga bersetuju dan saya juga ambil peluang itu untuk beri kelainan pada penampilan saya. Sudah lama sangat saya dengan imej berambut panjang,” ujarnya lapor mStar Online.

Isteri kepada pengacara Awal Ashaari itu ditemui pada majlis pelancaran filem Bikin Filem yang diadakan di The Strand Mall, di sini, Jumaat.

Dalam pada itu, Scha menafikan dibayar mahal berikutan terpaksa memotong rambut demi menjayakan filem berkenaan.

“Saya tidak dibayar mahal, saya buat atas keinginan saya sendiri kerana sudah lama tidak terlibat dengan filem. Bayaran saya terima sama seperti pelakon lain,” katanya.

Sementara itu, ditanya tentang kecaman netizen terhadap gaya rambut baharunya itu, Scha berkata, dia tidak menjangka perkara itu menjadi pergaduhan netizen di laman sosial Instagram miliknya.

Scha berkata, dia mengambil keputusan untuk memuat naik kenyataan di laman sosial berkenaan adalah bagi menjelaskan tentang tindakan yang diambil itu.

“Saya setuju ada orang tidak suka dengan gaya rambut saya dan saya seorang yang hati kering dengan kecaman netizen tapi mereka sudah melampau.

“Mereka boleh menegur tapi janganlah sampai keluar perkataan-perkataan yang buruk dan dengan cara yang biadap. Saya membuat kenyataan di Instagram bagi memberi penjelasan kepada mereka agar tidak terus berbalah.

“Saya nak mereka tahu bahawa saya suka dengan rambut itu,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");