Perak Hari Ini

Bomba Selamatkan ‘Si Comel’

BATU GAJAH:Seekor anak kucing comel yang terperangkap di atas bumbung sebuah rumah di sini berjaya diselamatkan oleh bomba selepas haiwan itu dikatakan ketakutan untuk turun dari premis tersebut hari ini.

Menurut sumber jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat panggilan kecemasan diterima pihaknya sekitar jam 9.16 pagi tadi bertempat di taman Pusing Utusan di sini hari ini.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati seekor kucing masih berada di atas bumbung sebuah rumah di situ.

“Pihak Bomba telah bertindak memanjat tingkat rumah pemilik kucing tersebut dan mengeluarkannya ke tempat yang selamat,” kata sumber.

Operasi menyelamat binatang comel itu tamat sekitar jam 9.45 pagi tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");