Perak Hari Ini

Bonus RM1,000 Untuk Penjawat Awam Perak Sempena Aidilfitri

IPOH:Kerajaan Negeri Perak hari ini mengumumkan pemberian bonus khas sempena Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada sejumlah 15,000 penjawat awam negeri.

Menteri Besar Perak,Ahmad Faizal Azumu berkata pembayaran bonus itu telah bermula hari ini bagi meringankan beban penjawat awam untuk membuat persiapan bagi menyambut lebaran yang bakal diraikan minggu depan.

“Saya ingin membuat pengumuman istimewa semua kakitangan awam di Perak bahawa untuk menyambut aidilfitri bonus sebanyak RM1000 akan diberikan semua kakitangan awam, saya berharap dengan pemberian bonus berkenaan dapatlah mereka sambut Aidilfitri dengan lebih meriah, bagaimanapun perlulah berjimat cermat,” katanya dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco hari ini.

Katanya lagi, sebanyak 15,000 kakitangan termasuk pekerja kontrak akan menerima manfaatnya.

Sementara itu beliau turut mengumumkan perlantikan Datuk Ghazali Jalal selaku Setiausaha Kerajaan negeri dan Pegawai Kewangan Negeri yang baru iaitu Datuk Abu Bakar Said setelah diperkenan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan perlantikan oleh Ketua Setiausaha Negara.

Terdahulu, Datuk Ghazali Jalal mengalas tugas selaku pegawai Kewangan Negeri dan pemangku jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri manakala Abu Bakar sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");