Jenayah

Bot Terbalik: Tiga Termasuk Dua Beranak Mati Lemas

TAIPING – Hasrat seorang tukang masak menghabiskan masa bersama anaknya waktu cuti sekolah berakhir tragedi apabila mereka ditemui lemas di perairan Kuala Sangga, Matang, semalam.

Kejadian itu turut mengorbankan seorang remaja yang juga rakan kepada remaja terbabit yang turut mengikuti aktiviti memancing itu, Selasa lalu.

Mangsa, Beh Liang Tik, 49, anaknya, Beh Chun Hui,16, dan Low Eng Chuan, 19, turun ke laut dengan menaiki bot gentian kira-kira jam 10 pagi sebelum didapati tidak pulang ke rumah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Rafeel Hairul Richard berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 8.25 pagi setelah kedua-dua mayat ditemui oleh nelayan di perairan tersebut.

“Mayat Liang Tik dan Eng Chuan ditemui kita-kira jam 8.05 pagi dan 8.30 pagi. Operasi mencari dan menyelamat diteruskan dengan menggunakan kaedah pencarian permukaan air hingga mangsa ketiga ditemui.

“Mayat Chun Hui akhirnya ditemui kira-kira jam 11.54 pagi oleh nelayan yang kira-kira tiga kilometer dari Jeti Kuala Sepetang,” katanya lapor Sinar Harian.

Menurutnya, kejadian itu dipercayai berlaku kerana angin kuat hingga menyebabkan bot mereka terbalik dan karam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Razlam Ab Hamid berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita mengenai kehilangan ketiga-tiga mangsa.

“Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat dilaksanakan membabitkan Pasukan Polis Marin Kampung Acheh dan polis Kuala Sepetang dan dua bot nelayan awam serta agensi lain termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia dan Bomba,” katanya.

Rakan karib kepada Liang Tik, Low Tow Hoo,65, berkata, dua beranak itu jarang memancing dan dia sempat berbual sebelum mereka turun ke laut pada harie kejadian.

“Dia sempat beritahu untuk membawa anak dia menemaninya ke laut bagi menangkap ikan dan menyediakan makanan kerana dia seorang tukang masak di restoran dekat sini.

“Saya terkejut apabila tahu bot yang dinaiki mereka terbalik. Saya sedih ketika rakan-rakan lain beritahu mereka semua tidak dapat diselamatkan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");