Perak Hari Ini

Cakap Perkataan Lucah Pada Polis Lelaki Didakwa

IPOH:Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di hadapan Mahkamah Majistret Ipoh di sini terhadap pertuduhan menghina anggota polis dengan mengeluarkan perkataan lucah dan ugutan jenayah pada 12 Jun lalu.

Tertuduh, Muhammad Noor Faqih Mohamed Ariffin 25,bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Nurul Hafizah Mohammad Fauzi terhadap kedua-dua pertuduhan disabitkan ke atasnya.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), M Thangaveloo didakwa telah mengeluarkan perkataan lucah kepada seorang pegawai Polis Norazlina Azmi di Pejabat Enkuri Balai Polis Pusat IPD Ipoh sekitar jam 6 petang 12 Jun lalu.

Manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa telah melakukan ugutan jenayah dengan menakutkan Thong Yin Ling di Pejabat Enkuiri Balai Polis Pusat IPD Ipoh sekitar jam 4.20 petang pada 12 Jun lalu.

Menerusi pertuduhan kedua, Muhammad Noor Faqih diwakili peguam YBGK, G Harbhajan Singh pula bagaimanapun mengaku tidak bersalah serta minta dibicarakan.

Tertuduh didakwa mengikut seksyen 90, Akta Polis 1967 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM500 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya bagi pertuduhan pertama dan pertuduhan kedua tertuduh mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu ketika kedua-dua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah, turut mendakwa tidak faham dan minta dibacakan pertuduhan sehingga tiga kali sebelum Majistret sendiri bertindak menerangkan kepada tertuduh pertuduhan yang dihadapinya dimana tertuduh perlu menyatakan pengakuan salah atau tidak.

Nurul Hafizah kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh dan 19 Julai ini sebagai sebutan semula kes serta lantikan peguam dan serahan dokumen.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");