Membawang Hari Ini

Datuk Vida Bakal Jentik Hati Dalam ‘Hantu Kak Limah’

SEKUAL Hantu Kak Limah bakal menyaksikan penampilan sulung usahawan terkenal Datuk Seri Vida sebagai pelakon menerusi filem arahan Mamat Khalid itu.

Penerbit Ekskutifnya, Gayatri Su-Lin Pillai berkata, kemunculan Vida adalah sebagai penampilan istimewa namun ia bakal menjentik hati penonton dengan aksi bersahajanya.

“Saya dan Mamat Khalid sebenarnya sudah lama mengenali Vida sebelum beliau terkenal dalam kalangan masyarakat Malaysia pada hari ini.

“Apabila kami menawarkannya tawaran berlakon dia bersetuju walaupun peranannya sekadar penampilan istimewa namun apa yang boleh saya katakan Vida cukup meninggalkan kesan dalam filem itu.

“Saya tidak boleh dedahkan apa peranannya dalam filem itu… Anda kena tonton sendiri nanti apabila ia ditayangkan,” katanya lapor Mstar Online

Gayatri ditemui pada majlis pelancaran filem Hantu Kak Limah yang diadakan pada Selasa.

Ia menampilkan barisan pelakon seperti Delimawati, Datuk Awie, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Jue Aziz, Ropie, Mus May, Pekin Ibrahim, Sharwani dan TJ Isa.

Hantu Kak Limah bakal menemui penonton di pawagam bermula 9 Ogos depan.

Gayatri turut memberitahu selain Vida, Hantu Kak Limah turut menyaksikan penampilan istimewa Erra Fazira dan Sabri Yunus.

Dalam pada itu, Gayatri berkata, sebagai penerbit dia yakin jenama Hantu Kak Limah masih kuat dalam kalangan peminat sehingga memberanikan diri untuk menghasilkan sekualnya.

Katanya, dia sangat tertarik dengan skrip yang ditulis oleh Mamat Khalid dan meletakkan keyakinan ia akan diminati penonton.

“Apabila saya membaca skrip yang ditulis oleh Mamat Khalid saya tertarik… ia ringkas tetapi menghiburkan.

“Filem sebelum ini pun meninggalkan impak yang sangat mendalam sehinggakan banyak dialog-dialognya masih jadi ingatan dan digunakan dalam perbualan seharian.

“Skrip kali ini juga ada elemen sama yang akan berbekas dihati penonton,” ujarnya.

Sementara itu, sidang media pelancaran filem itu gamat apabila Delimawati melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya, Khuda atau Mr. K selain turut bersanding di atas pelamin disediakan.

Bagaimanapun ia adalah salah satu gimik bagi mempromosikan filem itu memandangkan jalan cerita Hantu Kak Limah bakal mengisahkan tentang perkahwinannya.

Sebelum ini, Mamat Khalid tidak asing lagi dengan naskah trilogi Kampung Pisang iaitu filem Zombie Kampung Pisang (2007), Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010) dan Husin Mon Jin Pakai Toncit (2013).

Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang ditayangkan pada 2010 pernah mencatat kejayaan besar dengan kutipan RM8 juta.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");