Membawang Hari Ini

Dian & Nicolas Digandingkan Kembali

PASANGAN popular Indonesia Dian Sastrowardoyo dan Nicolas Saputra bakal kembali bergandingan menerusi filem Arluna dan Lidahnya.

Pelakon Ada Apa Dengan Cinta ini mengakui gembira bakal bekerjasama sekali lagi bawah produksi Palari Films.

“Saya sebenarnya sangat senang kerana dapat berlakon bersama Nicolas dalam filem ini.

“Kerana saya sudah tahu cara kerja dia dan memang mudah untuk dapat keserasian. Dia juga tahu saya bagaimana,” ujar Dian seperti dipetik Detik Hot.com dan Mstar Online.

Bagaimanapun filem yang diangkat daripada novel karya Laksmi Pamuntjak ini mereka bakal menjadi sahabat baik.

“Yang menariknya, projek ini satu-satunya tidak bergandingan seperti pasangan kekasih seperti filem-filem sebelum ini.

“Walau belum boleh bercerita lanjut tapi saya pasyi ia adalah mencari sudut lain hubungan kerja yang belum pernah kami terokai bersama,” tambahnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");